JURNAL
HARI PERTAMA (08.09.2008)
1. DATA :
Hari ini merupakan hari pertama bagi saya serta dua orang rakan praktikum saya di SJK(T) Melaka (Kubu). SJK(T) Melaka (Kubu) merupakan sekolah tamil yang kedua terbesar di negeri Melaka. Kami amat bangga dengan sekolah pilihan praktikum kami. Kami telah menjejak kaki di sekolah itu tepat pada pukul 7.20pagi. Setelah sampai di sekolah saya dan rakan praktikum saya telah memperkenalkan diri kami serta memberitahu tujuan kami datang ke sekolah itu kepada Guru Besar sekolah itu.Seterusnya, pada waktu pagi itu perhimpunan khas sekolah telah dijalankan. Kami juga turut hadir bersama dalam perhimpunan khas itu.
Setelah perhimpunan khas sekolah itu tamat, kami berjumpa dengan seorang guru sekolah itu yang bernama Pn.Nitya. Beliau adalah guru bestari sekolah itu.Beliau menjemput kami ke bilik komputer.Beliau juga telah memberikan kami sedikit penerangan tentang penggunaan bilik komputer itu. Kami ditempatkan di bilik komputer itu pada sepanjang hari itu.Ruang bilik komputer itu agak besar dan luas. Terdapat 40 buah komputer di dalam bilik komputer itu.
Selapas itu, kami diberi jadual waktu sementara untuk mengajar kelas - kelas yang tertentu. Pada hari ini, kami telah mengajar untuk kelas-kelas berikut:-
9.30 - 10.00 - 2C
9.30 - 10.00 - 2C
11.20 - 11.50 - 3C
11.50 - 12.20 - 4C
12.50 - 1.20 - 3P
Kami telah mengajar tentang, perkakasan output komputer dan cara menggunakan komputer kepada murid - murid. Daripada pemerhatian kami, kebanyakkan murid mempunyai kemahiran dalam menggunakan komputer. Dengan ini, kami dapat mengajar murid-murid itu dengan mudah.
PERHUBUNGKAITAN DAN PERASAAN
Sebenarnya, pada hari ini kami ingin memperkenalkan perkakasan output komputer melalui persembahan MS Power Point kepada murid - murid. Kami telah pun merancang dan menyediakan slaid - slaid tersebut terlebih dahulu.Tetapi, malangnya kami tidak dapat melaksanakan seperti mana yang telah kami rancang. Ini kerana, kami telah menghadapi masalah dalam pemasangan LCD. Kami berasa kecewa dan panik. Keadaan ini, menyebabkan kami tidak dapat menjalankan pengajaran kami secara kelas dan kami terpaksa membahagikan murid dalam tiga kumpulan.
Seterusnya, kami mengajar murid - murid itu mengikut kumpulan secara lisan sahaja. Tetapi, dengan keadaan ini juga murid - murid itu dapat mengikuti dan menerima perkara yang kami ajar dengan mudah. Selepas pengajaran, kami bertiga berbincang tentang cara untuk menyelasaikan masalah tersebut.Kami juga telah memberitahu masalah kami kepada cikgu Pn.Nitya. Beliau berjanji akan membantu kami untuk menyelesaikan masalah tersebut pada hari yang berikutnya.Saya berharap perkara sebegini tidak akan wujud pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment