Friday, September 19, 2008

HARI KEENAM (15.09.2008)

......... Sempena Pelancaran Minggu bestari

HARI KEENAM ( ISNIN - 15.09.2008)

Minggu ini merupakan minggu kedua bagi saya serta dua orang rakan praktikum saya di SJK(T) Melaka (Kubu). Pada hari ini kami bertiga sampai di sekolah tepat pada pukul 7.20pagi. Seperti biasa, perhimpunan khas sekolah telah diadakan. Kami juga turut serta dalam perhimpunan khas itu. Minggu ini juga merupakan Minggu Bestari bagi sekolah itu. Guru Besar telah memberikan ucapan serta merasmikan pelancarkan Minggu Bestari sekolah itu dalam perhimpunan khas itu.

Selepas majlis pelancaran, Guru Bestari Sekolah itu telah memberikan sedikit penerangan tentang aktiviti Minggu Bestari itu kepada semua murid. Beliau juga menerangkan aktiviti – aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Minggu Bestari, Selepas ucapan , murid -murid tahun satu telah menyampaikan sebuah karangan yang bertajuk ‘Aku sebuah Komputer’.

Setelah perhimpunan, kami bertiga terus ke Bilik Akses. Pada hari ini kami telah mengajar cara menggunakan perisian Ms Word kepada murid – murid kelas 2C,3C,3P dan juga 4P. Murid - murid menyambung tugasan yang diberi dalam kumpulan masing - masing. Kami hanya membantu dan membimbing murid- murid itu.

Pada hari ini, pensyarah pembimbing kami En.Sazali telah datang ke sekolah. Beliau telah memberikan beberapa komen mengenai tugasan portfolio kami. Beliau mengatakan bahawa terdapat sedikit kelemahan dan kekurangan dalam portfolio kami itu. Kami berjanji akan memperbaiki kelemahan tersebut serta melengkapkan portfolio dengan lebih sempurna lagi.

HARI KETUJUH (16.09.2008)


HARI KETUJUH ( SELASA - 16.09.2008)

Pada hari ini kami bertiga sampai di sekolah tepat pada pukul 7.15pagi. Hari ini kami telah menghadapi satu masalah yang agak besar. Masalah litar pintas telah berlaku di dalam bilik Akses. Keadaan ini menyebabkan kami tidak dapat menjalankan aktiviti P&P. Bilik Akses juga tidak dibuka kepada murid untuk mengelakkan kerosakan pada komputer.
Ekoran daripada masalah itu, kami mengambil kesempatan ini untuk membuat tugasan video korporat sekolah. Kami melakukan kerja pemindahan gambar dan rakaman video ke dalam laptop. Selepas pemidahan gambar, kami mula memasukkan semua gambar serta rakaman video yang telah kami kumpul itu ke dalam perisian Sony Vegas mengikut susunan. Seterusnya, kami juga telah mengadakan perbincangan ringkas mengenai projek video korporat kami.

HARI KELAPAN (17.09.2008)


HARI KELAPAN ( RABU -17.09.2008)

Seperti biasa, kami sampai di sekolah tepat pada pukul 7.15pagi. kami terus ke Bilik Akses. Pada hari ini kami telah menghadapi masalah yang sama iaitu, masalah litar pintas. Masalah kerosakan yang telah dilaporkan masih belum dikendalikan oleh pihak yang berkenaan. Kami menyambung kerja-kerja menghasilkan video korporat sekolah.
Pada hari ini juga, kami bertiga berjumpa dengan Guru Besar untuk memberi maklum balas tentang hasil tugasan kami sepanjang minggu praktikum ini. Beliau telah memberikan markah penilaian untuk kami.

HARI KESEPULUH (JUMAAT - 19.09.2008)



HARI KESEPULUH (JUMAAT - 19.09.2008)



Pada hari ini kami telah sampai ke sekolah lebih awal lagi. Hari ini merupakan hari terakhir kami menjalani praktikum di SJK(T) Melaka, Kubu. Pada hari ini kami mengajar murid –murid kelas 5P,2P dan 4P. Mereka mengedit dan mencetak hasil tugasan yang telah disiapkan. Kami membantu murid menunjukkan cara untuk mencetak tugasan mereka. Murid mencetak hasil tugasan mereka mengikut kumpulan masing – masing.



Selepas sesi pengajaran, kami melengkapkan fail portfolio kami. Seterusnya, kami telah menyerahkan Video korporat sekolah SJK(T) Melaka, Kubu kepada Guru Besar setelah membuat pengeditan terakhir. Guru Besar mengucapkan terima kasih atas segala hasil usaha yang telah kami lakukan.



Ini adalah pengalaman yang telah kami lalui sepanjang minggu kedua ini. Segala yang kami perolehi akan kami jadikan sebagai kenangan dan juga teladan.

HARI KESEMBILAN (KHAMIS– 18.09.2008)




HARI KESEMBILAN (KHAMIS– 18.09.2008)




Kami meneruskan praktikum kami seperti biasa. Bilik Akses dibuka pada hari ini. Kerosakan telah diperbaiki. Kami dapat menjalankan aktiviti P&P kami. Hari ini kami mengajar untuk kelas 3P dan 4P. Murid menyambung tugasan yang diberikan dalam kumpulan masing – masing. Kami mengajar murid cara memuat turun imej, mewarnakan teks dan menyimpan fail dalam dokumen.
Selepas sesi pengajaran, Kami menyambung kerja-kerja menghasilkan video korporat sekolah. Hari ini, kami mula memasukkan teks dan juga lagu dalam video koporat.
Pensyarah pembimbing kami En.Sazali, telah datang semula ke sekolah. Beliau telah melihat tugasan portfolio serta video koporat kami. Beliau memberikan sedikit komen tentang tugasan kami.

Monday, September 15, 2008

PUSAT AKSES

B PUSAT AKSES SEKOLAH.....




GAMBAR-GAMBAR SJK(T) MELAKA,KUBU




Bangunan SJK(T) MELAKA, (KUBU)



Friday, September 12, 2008




HARI KELIMA (12.09.2008)

DATA
Pada hari ini kami telah sampai ke sekolah lebih awal lagi. Perhimpunan pagi telah diadakan. Guru bertugas telah mengumumkan bahawa minggu depan adalah Minggu Bestari Sekolah. Beliau mengatakan bahawa pelbagai aktiviti akan dijalankan untuk murid - murid sempena pada minggu Bestari itu.
Hari ini juga kami berada di dalam bilik akses. Hari ini kami tidak mengajar untuk mana - mana kelas. kami hanya membuat projek khas praktikum kami. Kami mengumpul bahan seterusnya mengadakan perbincangan mengenai projek khas praktikum itu. Selepas perbincangan, kami membuat tugasan - tugasan yang belum selesai.


HARI KEEMPAT (11.09.2008)


1. DATA


Kami meneruskan praktikum kami seperti biasa. Hari ini juga kami terpaksa berada di dalam bilik akses. Hari ini kami mengajar untuk kelas 3u dan 4p tentang kemahiran – kemahiran asas Ms Word. Murid – murid kelas 3u tidak begitu pandai dalam menggunakan perisisn Ms Word. Kami memberikan perhatian yang lebih terhadap murid – murid kelas itu. Murid – murid kelas 4p dapat menguasai kemahiran dalam menggunakan Ms Word.
Selepas aktiviti pengajaran, kami bertiga mula mengumpul bahan untuk projek khas praktikum kami. Seterusnya, kami telah mengadakan perbincangan mengenai projek khas praktikum itu.

2. PERHUBUNGKAITAN DAN PERASAAN


Hari ini pula tiga komputer lagi tidak boleh digunakan disebabkan masalah pendawaian. Jumlah komputer yang masih boleh digunakan hanya enam buah komputer sahaja. Kami tidak ada pilihan lain, jadi kami harus melalui situasi ini. Kami terpaksa menjalankan pengajaran kami dengan menngunakan keenam komputer itu sahaja.
HARI KETIGA (08.09.2008)

1.DATA
Seperti biasa, kami sampai di sekolah tepat pada pukul 7.15pagi. kami terus ke bilik akses. Waktu pertama kami telah membantu cikgu Pn.Nitya, mengajar Ms Power Point untuk anak muridnya.
Selepas itu, kami bertiga telah mengadakan berbincangan tentang projek khas praktikum kami. Kami mencadangkan menghasikan satu video koporat khas untuk SJK(T) Melaka, (Kubu). Kami mendapatkan maklumat sekolah daripada kerani. Seorang daripada rakan praktikum kami telah membawa Digital Kamera. Dia telah mengambil gambar – gambar dan juga membuat rakaman video mengenai sekolah yang sesuai untuk digunakan dalam projek yang akan kami laksanakan.
Pada hari ini juga, kami telah mengajar untuk kelas 3U,4C,2P,2C dan juga 3p. Kami telah mengajar cara menggunakan Ms Word untuk semua kelas. Murid mengetahui cara masuk ke Ms Word, mengenali ikon- ikon serta kegunaannya. Seterusnya, murid juga cuba belajar menaip nama dan kelas mereka serta memasukkan imej, warna dalam Ms Word. Kami meninjau apa yang mereka buat serta membimbing murid untuk menggunakan Ms Word. Murid – murid dapat menaip dan memasukkan imej, warna dalam Ms Word dengan mudah.

2.PERHUBUNGKAITAN DAN PERASAAN

Hari ini juga kami telah menghadapi masalah yang sama iaitu, masalah tempat dan juga komputer. Kami kurang selesa dengan keadaan ini. Kami juga tidak dapat melaksanakan aktiviti P&P kami seperti mana yang telah kami rancang.

HARI KEDUA (09.09.2008)






....SEMPENA PEPERIKSAAN UPSR 2008

..... murid - murid bersalam dengan ibu bapa dan guru sebelum masuk ke dewan peperiksaan.







JURNAL


HARI KEDUA (09.09.2008)




1. DATA :

Pada hari ini kami bertiga sampai di sekolah tepat pada pukul 7.15pagi. Hari ini merupakan hari pertama bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid – murid tahun enam. Semua murid tahun enam bersiap sedia untuk ke dewan peperiksaan. Guru – guru sekolah itu pula memberikan semangat dan keyakinan diri kepada semua murid tahun enam supaya mereka dapat mengikuti peperiksaan dengan baik.
Oleh kerana hari ini ialah peperiksaan UPSR, jadi kami tidak dapat menggunakan makmal komputer. Ini kerana, makmal komputer itu terletak di bangunan dewan peperiksaan. Oleh itu, hari ini kami terpaksa duduk di bilik akses. Keadaan ini akan berterusan sehinggalah hari Khamis.
Pada hari ini, kami telah menerima jadual waktu yang tetap. Kami telah mengajar cara menggunakan Ms Word kepada murid- murid tahun Tiga dan juga Lima . Sebagai tugasan, kami meminta murid menghasilkan sebuah karangan dalam Ms Word. Murid membuat tugasan itu di dalam kumpulan dengan bersungguh – sungguh. Mereka juga menunjukkan sikap yang positif dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Kami amat berpuas hati dengan sikap murid yang bersungguh – sungguh membuat tugasan itu. Sebahagian besar murid mempunyai kemahiran dalam menggunakan program Ms Word. Kami hanya memberi perhatian terhadap murid yang tidak mempunyai kemahiran dalam menggunakan Ms Word.


2. PERHUBUNGKAITAN DAN PERASAAN

Kami agak kurang berpuas hati dengan tempat duduk kami. Walaupun bilik akses itu nampak menarik dan cantik, tetapi ruangnya tidak begitu luas. Ruang bilik akses itu terlalu sempit dan jumlah komputer pula hanya 10 sahaja. Daripada 10 komputer itu, hanya 9 komputer sahaja boleh digunakan. Kami telah menghadapi masalah tempat dan juga komputer sewaktu mengajar murid di dalam bilik akses itu.Oleh kerana, jumlah murid dalam sesebuh kelas terlalu ramai bilik akses tidak sesuai untuk digunakan. Murid – murid juga terpaksa melakukan semua aktiviti yang diberikan dalam kumpulan. Kadangkala kami juga gagal mengawal situasi kelas. Kami tidak dapat mengatasi masalah ini buat pada masa ini. Kami terpaksa lah menghadapi keadaan ini sehingga hari Khamis. Ini merupakan satu pengalaman yang amat baru bagi kami bertiga.

Tuesday, September 9, 2008

JURNAL REFLEKSI (HARI PERTAMA)



JURNAL
HARI PERTAMA (08.09.2008)


1. DATA :


Hari ini merupakan hari pertama bagi saya serta dua orang rakan praktikum saya di SJK(T) Melaka (Kubu). SJK(T) Melaka (Kubu) merupakan sekolah tamil yang kedua terbesar di negeri Melaka. Kami amat bangga dengan sekolah pilihan praktikum kami. Kami telah menjejak kaki di sekolah itu tepat pada pukul 7.20pagi. Setelah sampai di sekolah saya dan rakan praktikum saya telah memperkenalkan diri kami serta memberitahu tujuan kami datang ke sekolah itu kepada Guru Besar sekolah itu.Seterusnya, pada waktu pagi itu perhimpunan khas sekolah telah dijalankan. Kami juga turut hadir bersama dalam perhimpunan khas itu.

Setelah perhimpunan khas sekolah itu tamat, kami berjumpa dengan seorang guru sekolah itu yang bernama Pn.Nitya. Beliau adalah guru bestari sekolah itu.Beliau menjemput kami ke bilik komputer.Beliau juga telah memberikan kami sedikit penerangan tentang penggunaan bilik komputer itu. Kami ditempatkan di bilik komputer itu pada sepanjang hari itu.Ruang bilik komputer itu agak besar dan luas. Terdapat 40 buah komputer di dalam bilik komputer itu.


Selapas itu, kami diberi jadual waktu sementara untuk mengajar kelas - kelas yang tertentu. Pada hari ini, kami telah mengajar untuk kelas-kelas berikut:-


9.30 - 10.00 - 2C

11.20 - 11.50 - 3C

11.50 - 12.20 - 4C

12.50 - 1.20 - 3P


Kami telah mengajar tentang, perkakasan output komputer dan cara menggunakan komputer kepada murid - murid. Daripada pemerhatian kami, kebanyakkan murid mempunyai kemahiran dalam menggunakan komputer. Dengan ini, kami dapat mengajar murid-murid itu dengan mudah.


PERHUBUNGKAITAN DAN PERASAAN


Sebenarnya, pada hari ini kami ingin memperkenalkan perkakasan output komputer melalui persembahan MS Power Point kepada murid - murid. Kami telah pun merancang dan menyediakan slaid - slaid tersebut terlebih dahulu.Tetapi, malangnya kami tidak dapat melaksanakan seperti mana yang telah kami rancang. Ini kerana, kami telah menghadapi masalah dalam pemasangan LCD. Kami berasa kecewa dan panik. Keadaan ini, menyebabkan kami tidak dapat menjalankan pengajaran kami secara kelas dan kami terpaksa membahagikan murid dalam tiga kumpulan.

Seterusnya, kami mengajar murid - murid itu mengikut kumpulan secara lisan sahaja. Tetapi, dengan keadaan ini juga murid - murid itu dapat mengikuti dan menerima perkara yang kami ajar dengan mudah. Selepas pengajaran, kami bertiga berbincang tentang cara untuk menyelasaikan masalah tersebut.Kami juga telah memberitahu masalah kami kepada cikgu Pn.Nitya. Beliau berjanji akan membantu kami untuk menyelesaikan masalah tersebut pada hari yang berikutnya.Saya berharap perkara sebegini tidak akan wujud pada masa akan datang.

Friday, September 5, 2008

Selamat datang ke mydiary



I'm Nirmala.
Welcome to my blog.....
There are more information inside my blog..